Berikut adalah petikan contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya semasa temuduga:
- Cerita sedikit tentang diri anda.
- Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
- Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
- Apakah perkara yang dapat memotivasikan anda?
- Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
- Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
- Apakah kelemahan-kelemahan anda?
- Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
- Mengapakah patut kami memilih anda?
- Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
- Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
- Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
- Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
- Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
- Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
- Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
- Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
- Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
- Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
- Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
- Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
- Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga.
sumber : http://temuduga.blogspot.my/2012/08/contoh-contoh-soalan-temuduga.html
ConversionConversion EmoticonEmoticon