Kadangkala di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.
Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar':
"Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"
"Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"
"Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"
"Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"
Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?
Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking 'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?
Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'
Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':
- Tujuan utama soalan tersebut ditanya
- Jawapan yang ringkas dan sesuai
- Nada dan intonasi yang positif
Kaedah Menjawab Soalan 'sukar'
Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.
- Tujuan utama soalan tersebut ditanya
- Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi.
- Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.
- Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.
- Jawapan ringkas dan sesuai
- Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.
- Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.
- Nada dan intonasi positif
Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.
Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'
Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan 'kepimpinan'.
Elakkan dari menyalahkan syarikat lama anda bekerja, bekas majikan atau sebarang polisi kerajaan dan institusi awam.
Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.
Kesimpulan
Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, soalan sebegini dapat ditangani sekiranya calon dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas.
Sumber : http://temuduga.blogspot.my/2014/02/cara-tangani-soalan-sukar-dan-mencabar.html
ConversionConversion EmoticonEmoticon