Semakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Semakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.



Buat semakan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 anda dengan klik pada link yang diberikan di bawah ini.

>> http://e-semakanbcc.spa.gov.my/

Dapatkan rujukan peperiksaan Online PPT N29 anda dengan mengisi borang di bawah ini.

Jangan khuatir. Maklumat anda selamat bersama kami.

Dapatkan nota-nota terkini yang terlatest berkaitan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 anda dengan kami.



Nama Penuh Anda


No. Phone :
E-mail a








FORMAT PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

PANDUAN UMUM KEPADA CALON

Peperiksaan ini mempunyai dua (2) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen
seperti berikut :-

BAHAGIAN I - PSIKOLOGI

Seksyen A - Sahsiah Diri
Seksyen B - Minat

BAHAGIAN II - KECENDERUNGAN

Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

BAHAGIAN I - PSIKOLOGI

Seksyen A - Sahsiah Diri

Calon dikehendaki menjawab soalan-soalan yang menyentuh sifat-sifat peribadi calon dalam
aspek kepimpinan, komunikasi, toleransi, motivasi, kerjasama sepasukan, integriti,
kemahiran berfikir dan kejujuran.

Masa : 30 minit

Bilangan Soalan : 40 (aneka pilihan)

Seksyen B - Minat

Calon akan dinilai melalui soalan-soalan yang menjurus kepada minat dan kecenderungan
berkaitan bidang tugas.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60 (aneka pilihan)

BAHAGIAN II - KECENDERUNGAN

Seksyen A – Pengetahuan Am

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon memperlengkapkan diri
dengan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berlaku di dunia sekeliling amnya dan
Malaysia khasnya. Calon adalah dikehendaki memiliki pengetahuan umum mengenai
pemerintahan Malaysia dari segi politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi serta lain-lain
perkembangan di seluruh dunia yang ada kena mengena dengan Malaysia. Oleh kerana
perkara ini adalah umum maka tidak ada buku-buku teks tertentu yang ditetapkan untuk
dibaca. Soalan-soalan akan difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai
sekurang-kurangnya STPM. Calon-calon yang biasa mengikuti perkembangan dunia melalui
media massa akan mudah menjawab soalan ini.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 50

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Tujuan seksyen ini adalah menguji daya menyelesaikan masalah yang ada pada calon
dengan menggunakan:

(i) Pemikiran Logik
(ii) Interpretasi Data; dan
(iii) Konsep-konsep Matematik yang mudah

(i) Penyelesaian Masalah Menggunakan Pemikiran Logik.

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan aptitud logik untuk memilih
jawapan yang tepat atau mengenalpasti jawapan yang salah.

(ii) Kebolehan Menginterpretasi Data
Calon dikehendaki menyelesaikan permasalahan yang disediakan dalam bentuk,
perangkaan melalui analisa ke atas graf, jadual dan sebagainya.

(iii) Penyelesaian Masalah dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan adalah berdasarkan sukatan peperiksaan tidak
melebihi Tingkatan 5 (SPM) misalnya penggunaan algebra dan geometri. Jika ada
calon-calon yang berkelulusan matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna
mereka mudah menjawab berbanding calon-calon lain kerana bukan hanya
memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik tetapi juga daya penyelesaian
logik.

Masa : 50 minit
Bilangan Soalan : 60 soalan

First