Semakan Jadual Temuduga Penolong Pegawai Latihan Gred E29 (Kecantikan)

Semakan Jadual Panggilan Temuduga Penolong Pegawai Latihan Gred E29 (Kecantikan).


Untuk Para calon yang telah mendapat SMS daripada pihak SPA yang mengatakan bahawa mereka telah di panggil untuk menghadiri Temuduga Penolong Pegawai Latihan Kecantikan Gred E29. Anda boleh melakukan semakan dengan menekan butang semakan di bawah ini.


Sedikit Info Mengenai Jawatan Penolong Pegawai Latihan Kecantikan Gred E29.

Penolong Pegawai Latihan / Pegawai Latihan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kumpulan : Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji :

GRED : E29
GAJI MINIMUM : RM1,493.00 
GAJI MAKSIMUM : RM5,672.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN :  RM 145.00

GRED : E41
GAJI MINIMUM : RM2,083.00
GAJI MAKSIMUM : RM9,549.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 225.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E29

Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,624.00); atau

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,643.40); atau

diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN GRED E41

ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau

Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia

(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali di dalam salah satu bidang yang berkenaan.

|
Previous
Next Post »