Bagi calon-calon sesetengah jawatan SPA yang mendapat panggilan pemeriksaan fizikal dan temuduga, antara syarat-syarat yang perlu anda ketahui bagi memudahkan anda lulus ujian fizikal dan pancaindera adalah seperti yang dimaklumkan di bawah.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memastikan bahawa anda layak sebelum pergi menghadiri pemeriksaan fizikal dan pancaindera terutamanya bab Tinggi dan Berat serta BMI.
Silakan baca Maklumat di Bawah Bagi setiap jawatan.
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 81cm ukuran dada yang biasa dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Di periksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Lain-lain ujian Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera anda boleh dapatkan panduan temuduga bagi jawatan yang berkaitan. Atau boleh ketahui melalui pengalaman-pengalaman calon temuduga sebelum ini.
ConversionConversion EmoticonEmoticon