Contoh Soalan Exam Pegawai Eksekutif LHDN 2017 yang diedarkan oleh Bahagian Peperiksaan SPA boleh dimuat turun melalui portal rasmi www.spa.gov.my.
Contoh soalan Pegawai Eksekutif LHDN ini masih boleh diguna pakai sebagai rujukan untuk calon peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 yang akan menduduki exam online Pegawai Eksekutif LHDN.
Peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN akan diadakan pada tarikh yang telah di tetapkan. Peperiksaan ini diadakan selepas peperiksaan jawatan penolong pegawai.
PENGENALAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN GRED 41
Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 merupakan penjawat awam yang bertugas di jabatan-jabatan Lembaga Hasil Dalam Negeri - LHDN di seluruh Malaysia. Jawatan ini antara yang baru di Malaysia.
Secara ringkasnya, Pegawai Eksekutif LHDN bertanggungjawab dalam hal-ehwal jabatan Hasil Dalam Negeri mengikut jenis jawatan Pegawai Tersebut.
Terdapat 11 Jawatan dalam Pegawai Eksekutif Gred 41 iaitu :
1. PEGAWAI EKSEKUTIF (KEJURUTERAAN) GRED 41
2. PEGAWAI EKSEKUTIF (KESELAMATAN) GRED 41
3. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41
4. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGAUDITAN) GRED 41
5. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENTADBIRAN) GRED 41
6. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERAKAUNAN) GRED 41
7. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERPUSTAKAAN) GRED 41
8. PEGAWAI EKSEKUTIF (PERUNDANGAN) GRED 41
9. PEGAWAI EKSEKUTIF (PSIKOLOGI) GRED 41
10. PEGAWAI EKSEKUTIF (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 41
11. PEGAWAI EKSEKUTIF (UKUR BANGUNAN) GRED 41
PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN
Seperti dimaklumkan, peperiksaan online PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN akan diadakan 20 September 2017. Bagi calon yang terpilih menduduki peperiksaan ini, tahniah kami ucapkan.
Semak di sini >> Semakan Exam Pegawai Eksekutif LHDN 2017
Statistik kami sepanjang membantu calon peperiksaan kerajaan sejak 2009 mendapati setiap tahun, lebih 70% calon peperiksaan gagal! Salah satu punca kegagalan calon – tidak membuat persiapan peperiksaan – calon tidak berusaha mencari contoh soalan PTD tahun-tahun sebelumnya.
Peperiksaan ini dijalankan bagi mengukur kematangan pemikiran calon sebagai seorang bakal Pegawai Kerajaan. Kelulusan peperiksaan ini juga merupakan syarat ke skim tersebut.
Sekalipun tiada peperiksaan online sebelum ini. Calon wajib menjawab kesemua soalan dan dinasihatkan agar tidak memfokuskan bahagian tertentu sahaja kerana penilaian dibuat berdasarkan prestasi keseluruhan calon.
Namun format peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN sedikit berbeza kerana cuma melibatkan tiga seksyen sahaja. Tiada soalan esei tetapi digantikan dengan ujian psikometrik.
CONTOH SOALAN PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN 2017
Berikut kami kongsikan beberapa contoh soalan PTD tahun 2013-2015. Soalan-soalan ini merupakan contoh soalan yang diedarkan oleh Bahagian Peperiksaan SPA.
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.
Masa yang diperuntukan bagi seksyen ini sebanyak 45 minit untuk 50 bilangan soalan.
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.
i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu (Kemungkinan Tiada)
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki memberi pandangan tentang sesuatu isu, contohnya – “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur”. Masa yang diberikan satu jam sahaja. Tiada had perkataan, jadi calon bebas melontarkan idea dan pendapat yang munasabah.
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris (Kemungkinan Tiada)
Sama seperti Seksyen C, calon diberikan masa selama satu jam untuk menyuarakan pendapat berkaitan sesuatu isu dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, calon diminta mengulas isu “Electronic Government in Malaysia”.
DAFTAR EMEL UNTUK REVIEW COPY PERCUMA!
Rakan kerjasama kami, tim Infokerjaya Resources dalam proses akhir menyiapkan ebook rujukan PTD bagi membantu persediaan calon. Ebook ini merangkumi:
- Contoh soalan Pegawai Eksekutif terkini yang lebih lengkap beserta jawapan
- Tips dan panduan menduduki exam Pegawai Eksekutif LHDN
- Nota ringkas jawatan Pegawai Eksekutif LHDN, dan maklumat yang anda perlu tahu
Sila daftar emel menggunakan form di bawah:
- Isi Borang di sini >> http://eepurl.com/c2L64j
- Join Channel Telegram Khas >> Rujukan Pegawai Eksekutif LHDN
- Kemudian Whatsapp di sini >> Rujukan Pegawai Eksekutif LHDN 2017
Anda akan di bantu sebaik sahaja anda menuruti 3 langkah mudah di atas.
Baca juga : Semakan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN SPA.
Baca juga : Contoh Soalan Pegawai Eksekutif LHDN Seksyen A
Baca juga : Contoh Soalan Pegawai Eksekutif LHDN Seksyen B
DISCLAIMER
Pihak SemakanTemuduga.Com tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang pihak SemakanTemuduga.Com sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan BUKAN SOALAN BOCOR jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.
.
ConversionConversion EmoticonEmoticon