Semakan Temuduga Penolong Pegawai Sains Kimia Gred C29

Semakan Jadual Temuduga Penolong Pegawai Sains (Kimia) Gred C29 2017. Jika anda telah mendapat panggilan temuduga untuk jawatan Pegawai Sains Kimia Gred C29. Link di bawah ini adalah link untuk membuat semakan bagi jawatan tersebut.

Semakan Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Kimia)
(Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
[ Tarikh Temu Duga: 04 Septembar 2017 - 07 September 2017 ]


Info Penolong Pegawai Sains Kimia Gred C29

Kumpulan : Pelaksana

Kem/Jab : Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji Penolong Pegawai Sains (Kimia) Gred C29

GAJI MINIMUM : RM1,505.00
GAJI MAKSIMUM : RM5,696.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00


Syarat Lantikan Penolong Pegawai Sains Gred C29:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Kelayakan lantikan Penolong Pegawai Sains Gred C29

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan
tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

ii. Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau

iii. Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a.

i. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

b. Had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55
atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58
tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60
tahun.

Deskripsi Tugas :

1. Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear,

2. Merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal,

3. Mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus,

4. Mengawas rekod pembelian peralatan saintifik,

5. Membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi
nuklear.


Link Semakan Panggilan Temuduga.

Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Kimia)
(Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
[ Tarikh Temu Duga: 04 Septembar 2017 - 07 September 2017 ]

Dapatkan Panduan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Sains - Kimia di sini > Panduan Temuduga Penolong Pegawai Sains Kimia C29





Previous
Next Post »