[TIPS] Temuduga Calon Seni Bina Dan Arkitek.
Artikel ini di salin kongsi dari blog SophieAlYahya. Sebarang masalah berkaitan adalah bukan di bawah tanggungjawab sidang redaksi SemakanTemuduga.Com
Demi kasih sayang pada adik-adik yang bakal menjalani temuduga UiTM mahupun apa-apa universiti pun, hakak Sophie yang baru pulang dari kerja jam 9.30 malam nih sanggup bertungkus lumus siapkan entri ni ok. T_T Sebab ada ramai yang email tanya tips nak hadapi temuduga kan. Temuduga pula 15 hb ni hari Ahad. Aku macam whattt?? cepatnyaaaa.. Harini dah 13 hb sehhh!
Sebenarnya saya pun tak tahu lah U lain punya temuduga macam mana. UiTM je yang saya tahu sebab pergi interview dua kali. Hehe. Oleh itu, secara ringkasnya interview di UiTM ada dua bahagian.
A) Ujian melukis
B) Temuduga lisan (ni lepas ujian melukis. Nanti kena tunjuk hasil lukisan kamu)
Untuk ujian melukis,
-Anda akan dikumpulkan di mana-mana tempat lah yang boleh dikumpulkan *Ya Allah bahasa aku!!*
Lepas tu kat depan ada meja dimana ada bongkah-bongkah berbentuk bola, piramid, silinder, kotak, etc diletakkan di atas meja dengan susunan yang sukahati diorang jelah nak susun macam mana.(ok tak sure kalau sekarang diorang letak apa atas meja)
-Tak pasti ada disediakan alat melukis tak. Lagi best kalau bawak pensel dari beberapa jenis gred. Yang cair, sederhana, pekat. Pemadam bawa. Pembaris JANGAN PAKAI! Free hand je ok. Epik! =)
*ni jenis pensil yang saya pakai dari sem 1 sampai sekarang tapi ni set baru la. Yang dari sem 1 dulu saya sayang, simpan sampai sem 8 kot.dah sampai kontot dah pensel tu*
A)Ujian Melukis
Tips ketika melukis.
1) Lukis dulu keseluruhan bentuk. Jangan siapkan satu bentuk dulu pastu buat bentuk yang seterusnya. Maksudnya, kena ada rangka keseluruhan lukisan supaya anda boleh bajet kertas lukisan tu muat tak nak masuk lukisan anda. Kalau kamu siapkan satu bentuk dulu, lepas tu last sekali tinggal silinder yang tinggi kan, sekali tak muat kertas lukisan, takkan lah nak pendekkan silinder tu? Dah tak proportionate lah nanti.
2) Jangan lukis macam stail kartun. Lukis biar realistik. Lukis macam kartun tu..ermm..korang tengok jelah majalah Ujang ke Gempak tu macam mana.huhu.
3) Ujian melukis ni, sebenarnya untuk melihat kebolehan anda melukis mengikut proportion. Maksudnya, imbangan tinggi rendah. Erm..susahnya nak explain. T__T macam mana nak explain ni? Tengok jelah gambar.
Nanti pelbagai jenis bongkah berbentuk diletakkan atas meja. Saya guna je apa yang ada nak buat contoh.
Ok, mula-mula lukis dulu rangka lukisan. Macam, outline bongkah-bongkah tersebut. Ni pakai pensel cair je. Nak buat outline aje pun. Time ni lah korang rangka betul-betul. Kalau rasa macam pelik je, padam lah sikit. Macam dalam gambar ni sebenarnya saya perasan kesalahan saya: Silinder tak cukup tinggi. Sebenarnya lebih bagus kalau adik-adik biarkan je construction line yang awak buat tu. Garisan-garisan kasar tu tak payah padam takpe. Barulah seni.
Lepas tu boleh refine sikit pakai pensel kepekatan medium.
Kemudian bolehlah guna teknik 'hatching' atau 'rendering'. Ni macam saje jelah untuk dapatkan efek 3D. kalau bongkah tu melengkung kamu hatching lah kasi nampak sikit lengkungan tu. Takla kaku sangat drawings kamu nanti.
Hatching tu boleh pakai pensel yang pekat sikit.
Bolehlah tambah shadow casting. Saya tak pandai sangat nak bayangkan shadow ni. Jadi buat jelah konon ada bayang.
Tempoh saya lukis: 30 minit dan tak padam. Sebab dah ngantuk & penat so nak siap cepat.Huhu.(maaf, sebab tu tak dapat nak hasilkan drawing yang hebat. Asalkan korang faham)
Tempoh sebenar masa ujian melukis: saya tak ingat.Rasa macam sejam hingga dua jam camtu kot.huhu.
B) Temuduga lisan.
Oh lupa nak bagitahu. Interview UiTM kena speaking English okey. Soalan lazim yang selalu ditanya.
1) Tell me/us about yourself
-Ok waktu ni lah korang boleh pumpangpumpang pasal korang. Tak payah cerita hobi korang memasak dan memancing. Kadang-kadang bila interview ni macam kena "up" diri sendiri la. Cuba kreatif sikit cerita pasal korang tu. Kalau semua orang duk cerita camni: Nama saya Abu, umur saya 18 tahun, ayah saya businessman..saya tinggal di Kedah.adehh..menguap la interviewer macam ni.
2) Why do you choose architecture?
Tolonglah jangan jawab "sebab saya nak design rumah saya sendiri" T__T sebenarnya tak payah belajar architecture pun kamu boleh design rumah sendiri. Upah je arkitek ikut design yang kamu nak.Siap! Cuba bagi jawapan yang lebih memberangsangkan dan futuristik sikit. Macam, apa pendapat kamu pasal senibina di Malaysia ke, apa yang kamu harap dapat ubah dan perbaiki pada senibina di Malaysia ni. Boleh juga kaitkan dengan isu-isu semasa tentang masalah material & relate dengan cuaca di Malaysia. Jawapan kalau boleh biar lah matang sikit. Boleh relate isu semasa (berkaitan bangunan) dengan kenapa awak pilih architecture.
3) Who is your favourite architect?
Biasanya bebudak ni suka jawab arkitek seperti Hijjas Kasturi (Menara Telekom), Caesar Pelli (sebab design Petronas Towers),Kisho Kurokawa (design KLIA). Yelah, mungkin sebab tiada pendedahan sangat dengan architecture luar negara dan bangunan-bangunan gempak zaman dulu-dulu so research kat Google jela nama bangunan kat Malaysia yang korang rasa cantik berserta nama arkitek sekali kan. (mestilaaa aku tahu, sebab dulu pun aku macam ni.Huahuahua..)dan Kalau boleh bagi nama-nama orang lama pun bagus juga.
Lebih afdhal kalau adik-adik fokus pada seorang dua arkitek tapi dapat huraikan dengan baik tentang arkitek tersebut. Macam, sedikit sebanyak pasal latar belakang arkitek tu. Dia punya architecture style, bangunan arkitek tersebut yang kamu kagumi.
Antara nama-nama besar dalam architecture dunia: Antoni Gaudi (paling saya minat ni sebenarnya sebab tu teringin gila nak pergi Spain), Santiago Calatrava (minat jugak sebab dia study architecture, civil engineering & seorang sculptor), Frank Lloyd Wright, Renzo Piano,Frank Gehry. *sebenarnya dah banyak sangat saya spoon feed kamu ni*
4) What is your favourite building?
Boleh juga relate dengan arkitek mana yang kamu minat. & ceritakanlah juga kenapa awak minat senibina pada bangunan tu.
Ok soalan kat atas ni soalan lazim la biasanya tapi tak tahulah soalan apa lagi yang akan ditanya. Korang bersedia jelah. Tapi, bagi saya lah, interview senibina ni bukan nak tengok awak dapat jawab soalan tu betul atau salah. Sah-sah lecturer tahu kamu dok Googling je kerja kan sebab nak prepare pergi interview. Tapi interview ni untuk tengok kamu mampu berkomunikasi dengan baik & yakin tak. Kalau jawab salah tapi muka confident pun apa salahnya.haha. Jawab jangan banyak stop sebab pikir macam "saya suka Antoni Gaudi sebab aaaaaaa..bangunan dia cantik-cantik..aaaaaaa.. Eh saya lupa nama bangunan dia apa.Aaaaaa.." Bila bercakap haruslah pandang pada muka interviewer tu jangan tertunduk-tunduk malu lebih-lebih lagi kalau interviewer tu hensem. Ahaksss! Tunjukkan yang awak ni seorang yang ada fokus, matlamat, tahu apa yang awak nak.
Untuk pengetahuan, macam mana UiTM pilih seorang pelajar yang dari hasil temuduga sebenarnya macam ni. (sebab aku pernah tanya kat Pusat Pengambilan Pelajar). Mereka yang datang temuduga kan ramai. Boleh ke interviewer ingat semua orang yang mereka interview tu? Mestilah susah kan. Jadi, lebih kurang macam ni: Hanya seorang akan dipilih bagi setiap 5 orang yang ditemuduga. Oleh itu, anda haruslah menonjolkan diri sedikit supaya dalam lingkungan 5 orang yang ditemuduga yang dekat-dekat dengan giliran kamu tu, kamu akan dipilih.
Ok, jadi saya harap adik-adik yang bakal ditemuduga tu bersedialah. Jangan takut, jangan cuak sampai nak terkencing. Be cool. Semoga tips yang saya bagi ni membantu adik-adik. Kalau tak dapat, jangan putus asa.Dunia belum berakhir.Chewah!! Buatlah rayuan. Kalau tak dapat jugak, try lagi next intake. Kalau pass interview belanja hakak Sophie. Ngeh..ngeh..ngeh..
p/s: Memandangkan cuma ada 2 hari je lagi sebelum interview, saya minta jasa baik anda lebih-lebih lagi yang lepasan SPM untuk share entri ni. Mungkin share kat facebook ke apa. Selagi boleh bantu, kita bantu lah mereka yang terkapai-kapai tak tahu apa-apa pasal interview ni. Tolong kawan-kawan yang lain walaupun awak taknak belajar architecture. Selagi masih sempat. 15hb April sehh interview!!!!
Sumber : [TIPS] Temuduga Calon Seni Bina Dan Arkitek.
Artikel ini di salin kongsi dari blog SophieAlYahya. Sebarang masalah berkaitan adalah bukan di bawah tanggungjawab sidang redaksi SemakanTemuduga.Com
ConversionConversion EmoticonEmoticon